Lejen Hartanah

Ejen Hartanah 'High End Properties'

Daftar Perunding Hartanah

Boleh tuan kenalkan sedikit diri tuan?

Hai. Saya Muhammad Faisal Abdul Rahim, berasal dari Pahang. Perunding Haranah (Real Estate Negotiator) dari Weise International Property Consultants. Berusia 28 tahun dan kini menetap di Bandar Baru Bangi.

Saya menceburi bidang hartanah ni pada hujung Ogos 2015. Pada asalnya saya bercadang untuk menceburi bidang ini secara part time sahaja. Namun menyedari peluang yang lebih cerah jika buat secara full time, akhirnya saya berhenti kerja dari sebagai seorang eksekutif jualan di sebuah syarikat di Jalan Reko, Kajang.

Apakah Cabaran-cabaran Menjadi Seorang Perunding Hartanah?

Sebenarnya semua pekerjaan ada cabaran masing-masing. Tapi saya rasa minat saya dalam bidang hartanah ni membuatkan saya memilih untuk serius dalam bidang ini. Antara cabaran yang paling tinggi dalam bidang ini adalah sebagai orang tengah untuk membuat rundingan antara pihak penjual (owner) dan pembeli (buyer).

Namun apabila kita dapat berjaya dalam membuat 2 pihak ini setuju, adalah 1 kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Namun begitu, ia tidak berakhir setakat itu sahaja, proses permohonan pembiayaan pinjaman juga memerlukan persiapan jiwa dan mental yang tinggi. Lebih-lebih lagi apabila kelayakan pembeli didapati tidak menepati syarat dan kelayakan bank terutamanya tunggakan hutang seperti PTPTN.