Lejen Hartanah

Ejen Hartanah 'High End Properties'

Cara Kira Kelayakan Membeli Rumah

Masalah yang biasanya dikeluhkan, ramai tak tahu mereka layak ke tak nak beli rumah.

Jika pernah membaca bacaan mengenai rancangan kewangan, peruntukan bayaran bulanan daripada pendapatan untuk membeli rumah adalah sekitar 20-30% daripada gaji.

Sebagai contoh:

Jika saya berpandapatan RM3000 sebulan, maka cadangan bayaran bulanan saya hanyalah sekitar RM600-900 sahaja.

Menggunakan FORMULA ×200, bayaran bulanan sebanyak RM600-900 membolehkan kita membeli hartanah pada kadar harga RM120,000-180,000.
*dengan pinjaman 90% dan tempoh pinjaman 35 tahun.

Debt Service Ratio (DSR)

Kelayakan pinjaman dikira dengan mengambil kira Debt Service Ratio (DSR). DSR adalah satu formula pengiraan nisbah tanggungan jumlah hutang kepada jumlah pendapatan.

Jenis-jenis pendapatan:

  • Gaji bulanan
  • Elaun,
  • Overtime (biasanya dikira purata 6 bulan)
  • Pendapatan sewa hartanah (disertakan dengan bukit perjanjian sewa dan penyata akaun bank)

RM3000.00 kebawah, DSR yang dibenarkan ialah sekitar 50-60%.
RM3001-7000, DSR yang dibenarkan ialah sekitar 65-70%
RM7001-10000, DSR yang dibenarkan ialah 75-80%.

*peratusan DSR yang dibenarkan kadangkala berubah dari semasa mengikut keadaan.

=============================================

Contoh cara kiraan kelayakan pinjaman perumahan [GAJI BAWAH RM3000]:

Purata DSR untuk golongan gaji bawah RM3000 ialah 60%. Ada juga bank yang sudah menggunakan NDI sebanyak RM1250-1600 untuk kiraan kelayakan loan.

 

  1. Gaji bersih = Gaji yang masuk setiap bulan ke dalam akaun anda
    60% × [gaji bersih] = Jumlah komitmen yang dibenarkan.

    Contoh: Gaji bersih yang masuk ke akaun anda ialah RM2900.
    60% × RM2900 = RM1740

    RM1740 adalah JUMLAH komitmen yang anda boleh buat.

  2. Senaraikan hutang atau komitmen yang ada sekarang:

    Hutang kad kredit= RM200
    Hutang kereta = RM500
    =====================
    Jumlah komitmen bulanan: RM700

  3. Baki komitmen yang masih anda masih berpeluang untuk mendapat pembiayaaan.

Jumlah komitmen yang masih anda masih berpeluang untuk mendapat pembiayaaan =

RM1740 – [jumlah hutang komitmen sedia ada] = RM1740 – RM700 = RM1040

Secara kasarnya anggaran bulanan RM1040 ni anda mampu membeli hartanah yang berharga RM210,000.

BELUM ADA KOMITMEN BULANAN

TAPI jika anda masih belum membuat sebarang hutang, peluang untuk anda mendapat pembiayaan sebanyak ansuran penuh sebanyak RM1740 sebulan adalah sangat rendah.

Ini kerana skoring anda (bahagian rekod pembayaran) masih rendah.

Ia berisiko bagi pihak bank untuk memberi pembiayaan penuh (90%) untuk hartanah berikut kerana anda belum mempunyai rekod pembayaran dengan mana-mana bank.

Jadi untuk mengatasi masalah ini nanti kami akan kupas dalam artikel lain.

SEMAK NILAI HARTANAH SEMASA ANDA DISINI SECARA PERCUMA!